Monday, 15 December 2014

ZAINAB BINTI KHUZAIMAH


Zainab termasuk salah seorang antara  mereka yang diberi perhatian lebih oleh Rasulullah SAW kerana suaminya gugur di medan Uhud. Dialah Abdullah Ibnu Jahsy, sahabat agung yang mendapat penghormatan sebagai syahid di medan perang. Ia dipercayai memimpin divisyen lapis kedua setelah menetap di Madinah. Ia gugur meninggalkan seorang isteri yang memerlukan perlindungan, Zainab binti Khuzaimah. Zainab dilamar oleh Rasulullah SAW oleh seorang utusan khusus dan tinggal bersama-sama baginda pada tahun ketiga setelah Hijrah. Ia bahagia hidup bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan mencintai baginda. Baginda juga begitu dan sangat memuji sejarah hidupnya kerana banyak berbuat baik dan sangat mengambil berat tentang kaum duafa iaitu lemah dan miskin sehingga ia disebut "Ibu Kaum Miskin". Zainab telah meninggal dunia selepas dua atau tiga bulan berkahwin dengan Rasulullah. Zainab binti Khuzaimah merupakan isteri baginda yang pertama wafat setelah Khadijah. Rasulullah SAW sangat sedih di atas kematiannya. Kematian yang menghidupkan ingatan Nabi Muhammad SAW akan kematian isteri pertama baginda, Khadijah. Layar kesedihan terpapar kembali di hadapan baginda.
*Dr. Nizar Abazhan. (2013). Bilik-Bilik Cinta Muhammad. Johor: Pustaka Azhar  

No comments:

Post a Comment