Friday, 19 December 2014

JAWAPAN TRIVIA 1


  1. Tahun Pertama Hijrah
  2. Hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah
  3. Nafi' bin al_Azraq pernah bertanya kepada Ibnu Abbas, "Adakah terdapat bukti tentang solat lima waktu dalam Al-Quran?" Jawab Ibnu Abbas, "Ada!" Lalu beliau membacakan ayat 17 dan 18 Surah Ar-Rum yang bermaksud, "Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. Dan bagiNyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan pada waktu kamu berada pada waktu zuhur seraya mengatakan, "Ini ialah solat lima waktu dan waktunya sekali. Tumsun merujuk kepada waktu maghrib dan isya', tusbihun pula merujuk kepada waktu solat subuh, 'ashiyyan merujuk kepada waktu asar manakala hina huzhirun merujuk kepada waktu zuhur."
  4. Hanzalah bin Abi 'Amir yang dimandikan oleh malaikat selepas syahid dalam perang Uhud
  5. Ummu Haram binti Milhan
  6. Surah al-Furqan dan surah Fussilat
  7. Tujuh lapis sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis..." (surah al-Mulk 67:3)
  8. Maksudnya ialah "disepakati atasnya" iaitu hadis yang diriwayatkan  oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari sumber sahabat yang sama, dikenali sebagai hadis al-Bukhari dan Muslim
  9. Abu Hurairah berkata "Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara supaya aku tidak meninggalkannya iaitu, supaya aku tidak tidur melainkan selepas menunaikan solat sunat witir, supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha dan berpuasa tiga hari daripada setiap bulan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  10. Salman al-Farisi
*Husna Hassan, Solusi, Isu 27

No comments:

Post a Comment