Sunday, 14 December 2014

JABAL ABI QUBAIS

  • Bukit yang berdekatan Bukit Safa dan berhadapan Masjidilharam.
  • Ketinggian dari aras laut adalah 420 meter dan dari aras tanah 120 meter.
  • Dinamakan sedemikian kerana dikatakan oleh al-Azraqi bahawasanya orang bernama Abu Qubais adalah yang pertama membina bangunan di atasnya.
  • Daripada Ibn Abbas r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bumi yang pertama dibina ialah tapak Kaabah kemudian dilebarkan kawasan sekelilingnya manakala bukit pertama yang dicipta adalah bukit Abi Qubais." 
  • Pada zaman Jahiliyah, bukit ini terkenal dengan nama al-Amin (pemegang amanah) kerana Hajar al-Aswad disimpan di dalamnya ketika berlaku taufan besar pada zaman Nabi Nuh a.s. Setelah Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah, Jibrail a.s. mengeluarkan Hajar al-Aswad darinya.
  • Antara keistimewaan Jabal Abi Qubais ialah sewaktu berlaku peristiwa bulan terbelah dua iaitu merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w., sebelah bulan itu kelihatan berada di atas Jabal Abi Qubais dan sebelah lagi kelihatan berada di atas Jabal Qu'aiqi'an.
*Ustaz Ahmad Husni  Abd Rahman (Solusi, isu 26)
 

No comments:

Post a Comment