- Isu kejatuhan tamadun Rom dibahaskan dari pelbagai aspek.
- Antara punca kemerosotan tamadun ini termasuklah pencemaran logam berat di dalam makanan dan udara di kota pemerintahan Rom. Ada beberapa fakta tentang peranan pencemaran plumbum terhadap kemerosotan dan kejatuhan tamadun Rom.
- Istilah plumbum menjadi popular apabila isu petrol tanpa plumbum diperkenalkan. Isu ini cukup popular hingga minyak dikategorikan sebagai minyak hijau dan minyak merah sekitar era 1990-an. Pada waktu itu, minyak hijau mewakili petrol tanpa plumbum manakala minyak merah mewakili petrol dengan plumbum.
- Plumbum hasil daripada penggunaan petrol berplumbum merupakan satu daripada sumber utama pencemaran alam sekitar. Logam berat ini dapat menyebabkan keracunan dan pelbagai gejala kesihatan khususnya kepada kanak-kanak.
- Sistem penghadaman kanak-kanak dapat menyerap hingga 50 peratus daripada plumbum yang memasuki tubuh mereka. Tambahan pula apabila tubuh dicemari oleh plumbum, proses pembangunan dan sistem tubuh didapati terjejas hingga berpuluh-puluh tahun.
- Semua ini terbukti berdasarkan pelbagai kajian antarabangsa. Kaitan antara kanak-kanak dengan petrol berplumbum juga agak jelas. Misalnya, di Amerika Syarikat antara tahun 1976 - 1991 berlaku pengurangan sebanyak 77 peratus kandungan plumbum di dalam darah kanak-kanak yang dikaji berikutan langkah melupuskan penggunaan petrol berplumbum.
- Sumber Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan bahawa antara 15 - 18 juta kanak-kanak di negara membangun mengalami kerosakan otak yang berkekalan akibat keracunan plumbum. Lagi sekali, pencemaran daripada kenderaan yang menggunakan petrol berplumbum terlibat.
- Apabila plumbum memasuki tubuh sama ada melalui mulut ataupun pernafasan, pigmen plumbum terpisah dan tubuh menyerapnya sebagaimana tubuh menerima elemen lain yang dikenal pasti kegunaan dan manfaatnya, seperti kalsium dan zat besi.
- Sebagaimana yang diketahui, plumbum tidak mempunyai apa-apa nilai fungsi biologi yang berguna di dalam tubuh. Kehadirannya hanya menyebabkan toksik pada beberapa organ dalaman tubuh. Apabila diserap diserap di dalam sistem tubuh, plumbum berkebolehan untuk menghalang fungsi normal organ di dalam badan. Kebanyakan plumbum tersimpan di dalam tubuh terutamanya di tulang belakang dan buah pinggang.
- Orang Rom ketika kekuasaan para Kaisar ialah bangsa pertama yang menemukan potensi industri plumbum. Namun begitu mereka membayarnya dengan harga yang mahal iaitu dengan nyawa mereka sendiri akibat pencemaran yang diakibatkan oleh plumbum.
- Para pekerja Rom menggulung lembaran besar plumbum menjadi paip bagi digunakan dalam sistem penyaluran air mereka yang luas.
- Orang Rom dan Yunani mengimpal paip plumbum yang memiliki takat lebur rendah itu bagi menyambungkan antara satu paip dengan paip yang lain. Akhirnya, paip yang sangat panjang dapat disambung bagi menyalurkan air ke tempat yang jauh.
- Orang rom juga membentuk plumbum menjadi bekas air tempat menyimpan arak anggur dan peralatan memasak. Membran tahan cuaca yang dibuat daripada lembaran plumbum dikembangkan untuk dipakai sebagai atap.
- Jus anggur pekat yang dikenali sebagai sapa yang lazimnya digunakan sebagai pemanis disediakan di dalam bekas yang diperbuat daripada bahan plumbum.
*Muhammad Nuruddin Bashah. Dewan Kosmik (Jun 2014)
No comments:
Post a Comment